Novel Bukan Cinta Pertama . #1


assalamualaikum. hai hai jangan tiru aksi diatas melainkan korang dah kahwin ye
muehehe...for reader ini kali pertama aku post kat blog tercinta ini...novel yang aku create
since 1995 eh no no since 2012 lah...hahaha ...Bukan cinta Pertama 
ekceli aku tak buat habis lagi ...dalam proses pembikinan lah..
and my sister dah baca....waaa malu wa cakap lu ade pasal 18sx..K finee tipu je 
my sis siap gelakkan aku..novel budak2 banyak tatabhasa salah..FINEE xnak kwn :P
haha...anyways apa salahnya aku share kat blog aku. lagipun aku memang hantu novel...
..ye dak..so readers enjoys reading...
but maafkan aku jika terpaksa post novel ber episod..ah faham tak statement aku ni ?
aduhhh K lahh cekidauuu aww ...selamat membaca karya aku hehe




Selesai membaca buku motivasi yang dibeli oleh ibunya, sedikit sebanyak menaikkan semangat Haiza untuk terus  bersedia menghadapi peperiksaan yang akan tiba tak lama lagi . Haiza mengeluh lagi .  Bosan . Dia benar-benar bosan pada waktu hujung minggu begini . Mahu keluar bersama rakan-rakan tidak dibenarkan pula oleh papanya . Papanya benar-benar mengongkong Haiza untuk terus belajar dan belajar . bukan Haiza tidak mahu belajar, namun dia perlukan juga sedikit masa untuk diluangkan bersama rakan-rakan untuk membuang segala tekanan belajar . 
lebih-lebih lagi aliran sains yang diambilnya kini agak susah untuk dipelajari . 
"apa aku nak buat ni ? bosanlah . buku yang papa beli semua dah habis aku khatam" haiza menuturkan kata-kata walaupun hanya dia bersendirian didalam biliknya itu..sebaik terpandang telefon bimbitnya yang tersadai diatas meja solek terus dicapainya serentak itu Haiza agak terkejut apabila skrin telefon bimbitnya menunjukkan 2 pesanan ringkas dan 17 missed call . Alamak  siapa pula yang missed call aku sampai 17 kali ni ? macam mana aku tak sedar ada call ? sebaik memikirkannya Haiza menepuk kepalanya sendiri .
"ya Allah , kenapa la aku lupa nak off slient mode ni ? patutlah tak dengar orang call "
cepat cepat dia membuka senarai missed call . Hah ? Abang Airil ? Ya Allah apa lagi dia nak nI? tak cukup lagi ke dia nak sakiti hati aku ?  sebaik memeriksa senarai missed call .
 laju  tangan Haiza membuka pesanan ringkas 
     kenapa haiza tak jawab call abg ? Haiza dah tak sudi berhubung dgn abg lagi ?
ya tepat sekali Haiza dah tak nak ada apa-apa lagi dengan abang Airil . keluh Haiza . Walaupun Hakikatnya cinta dia pada  Airil masih tersemat kukuh dalam hatinya . Sungguh Cinta pertamanya itu sukar untuk dilupakan apatah lagi untuk dipadam dalam kamus hidupnya. Haiza membaca pesanan ringkas yang kedua . Haiza terkejut buat Kali kedua . Pesanan ringkas yang kedua itu masih dihantar oleh Airil .
    Abg nak jumpa Haiza . Ada benda penting untuk dijelaskan . we need to talk .
 i meant it.   please Haiza sayang .
Sayang ? hahaha . haiza hanya mampu ketawa. Dah tidak ada gunanya lagi Sayang itu buatnya . Sakit , pedih dan perit apabila Airil masih berani panggilnya Sayang walaupun hakikatnya Airil sudah mempunyai teman hidup yang baru . Sofea . tunangnya . beberapa bulan lagi mereka akan langsungkan perkahwinan . Ya Allah sungguh aku tak sanggup menerima kenyataan Abang Airil hidup Bahagia bersama wanita lain . Sungguh aku tak sanggup .Rintih hati Haiza yang terluka ibarat dibelah dengan belati . lukanya benar-benar dalam buat Haiza . Haiza masih berkira-kira untuk membalas pesanan ringkas Airil itu . Keterlaluan mungkin 17 kali call  tidak diangkat olehnya . ah ! biar Abang Airil rasakan sakit hati . sakit hati abang Airil terlalu kecil jika dibandingkan dengan sakit  Haiza Abang . rintih Haiza lagi .
beberapa minit kemudian kedengaran lagu Masih Cinta nyanyian kumpulan Kotak . berdendang ditelefon bimbitnya itu . Lama .Namun Haiza hanya membiarkannya . sengaja Haiza memilh lagu Masih Cinta menjadi ringtone telefon bimbitnya . tajuk lagu itu membuktikan dia masih cinta akan Abang Airil .cinta pertamanya itu . sungguh dia terlalu mencintai lelaki itu namun dia sudah tidak sanggup terluka buat kali yang kedua . serentak itu muncul pesanan ringkas pada skrin telefon bimbitnya buat kali kedua 
Haiza, please kalau benar2 marahkan abg . jgn buat abg macam ni . walaupun Haiza tak reply sms abg , abg tahu haiza baca sms abg ini kan ? betul tak ? abg betul2 nak jumpa Haiza please . kalau lepas ni Haiza dah tak nak jumpa abg tak ape . cuma kali ini je . abg rindukan haiza sayang . abg nak jelaskan semua kesilapan abg. kita jumpa tempat biasa waktu kita bercinta dulu okey. sayang ? abg tunggu sayang. please abg nak Haiza datang .

panjang pesanan ringkas Airil untuknya itu.Ya Allah ! permainan apa lagi Abang Airil mahu buat pada aku ni . rintih Haiza sayu . cukuplah abang . Abang Airil dah menjadi milik orang lain . Abang dah ada tunang . dan tunang abang tu akan menjadi isteri abang kelak. Haiza tak nak rosakkan hubungan Abang . Haiza juga tak nak Hati Haiza akan terus terluka .Entah permainan apa lagi yang Abang Airil mahu buat pada Haiza ni . hati Haiza merintih . sungguh dia mahu memadam lelaki itu dalam kamus hidupnya itu . Haiza masih berkira-kira mahu atau tidak dia menemui Abang Airil . sepupunya itu . Cinta pertama yang benar-benar buat dia tidak keruan .

"Abang Airil ! kaki Haiza berdarah . sakit . "  Haiza meraung sebaik dia memandang kakinya yang terluka itu  akibat terpijak gelas kaca yang dijatuhkan Haiza sendiri . walaupun lukanya biasa -biasa sahaja namun Haiza sering bersikap Manja dalam semua perkara . Sikapnya yang ceria dan Manja itulah menyebabkan dia disayangi oleh semua orang termasuk sepupunya sendiri yang digelar Abang Airil . Gelaran Abang yang diberi kerana jarak umur meraka sebanyak 6 tahun itu . Semenjak kecil lagi mereka rapat ibarat adik dan abang namun apabila Haiza meningkat dewasa hubungan Haiza dan Airil menjadi pasangan bercinta tanpa pengetahuan ibu bapa masing-masing .
"kenapa ni Haiza sayang ? sakit ? nanti abang rawat ya ? " sambil berlagak persis doktor . Airil yang baru berumur 15 tahun itu cuba membuang kaca yang terbenam didalam kaki Haiza sepupu kesayangan itu dengan tangannya sendiri . baginya biarlah tangannya sendiri yang terluka dia rela demi merawat sakit Haiza itu . 
"huhu ... Abang Airil ...Haiza sakit ...huhu " esakan Haiza semakin kuat takala serpihan kaca yang agak besar terbenam dalam kaki Haiza itu  dibuang oleh Airil 
"sabar lah Adik , nanti Abang Airil  jadi Doktor . Abang buat ubat banyak-banyak rawat luka adik ya sayang ? abang kan sayang adik . jangan menangis ya "
Haiza hanya mengangguk perlahan. sambil esakan yang semakin perlahan sebaik lukanya kini disapu minyak gamat yang diberi oleh Mak Jah , orang gaji datuk Mukhlis dan Datin Hasyimah  . peristiwa itu masih segar dari ingatan Haiza . walhal masih tersimpan kukuh dalam kotak memorinya kini. Abang Airil . benar-benar menunaikan janjinya untuk menjadi seorang doktor . namun kenapa janji yang dibina untuknya itu dikhianatinya pula ? janji untuk hidup bersama dalam ikatan yang sah . janji untuk menunggu aku untuk menikahi aku ? kenapa janji itu tegar dia khianati ? cinta yang aku berikan dia khianati sewenang wenangnya . sungguh Haiza terluka . Mungkin jarak umur aku dengannya terlalu jauh  dan aku masih muda untuk bina masjid kebahagiaaan bersamanya.
19 missed call . terpapar diskrin telefon bimbitnya . langsung dibiarkan .  Haiza cuba menjumlahkan  panggilan yang dibuat oleh Airil itu 17 tambah 19 missed call . 36 missed call . Gila ! Mungkin kali ni abang Airil betul-betul ingin berjumpa dengan ku . Ahhh....Ego ! akan kutepikan kau seketika . aku juga ingin berjumpa dengan Abang Airil . Wajah yang selalu muncul dalam segenap mimpi aku . aku rindukan dia 
tanpa membuang masa Haiza cuba menepis Egonya . Laju dia  membalas pesanan ringkas  Airil itu .

Haiza datang . pukul 5 .
Haiza pasti  pantai Cahaya lah tempat dia dan Airil  selalu berjumpa . tempat dia berluang masa bersama sama  melihat keindahan ciptaan Allah bersama-sama. Sambil berbicara tentang cinta , hati dan perasaan . namun kini mungkin berjumpa untuk bicara akan cinta , hati dan perasaan yang disertai dengan kelukaan yang bakal terberkas dihati ini walaupun luka sudah sedia berbekas dihati atau mungkin luka ini makin dalam lagi ? sipa tahu .
beberapa minit kemudian . pesanan ringkas dari Airil muncul kembali 

TQ sayang . abg airil tahu Haiza akan dtg . Abg tunggu Haiza  . 
Haiza mengeluh .sungguh dia tewas juga dengan ego yang dibinanya sekian lama setelah Abang Airil lukakan hatinya . dia nekad untuk pergi jauh . namun cinta betul-betul buat manusia bertindak luar jangkaan . Cinta kepada Allah sanggup berkorban harta , masa semata-mata untuk mengabadikan kepada Allah . Cinta kepada ibu bapa sanggup bergadai nyawa namun Cinta kepada manusia sanggup Haiza ketepikan egonya . 


Sungguh unik cinta itu .
Jam menunjukkan jam 4.15 minit . Haiza menepuk kepalanya sendiri . Macam mana aku boleh lupa pesan papa ni. Papa tak benarkan aku keluar rumah ! sekali lagi kepalanya diketuk beberapa kali. Macam mana ni ? aku dah janji Abang airil . aku kena kotakan. setiap janji yang dibuatnya perlu dikotakan walau apa yang terjadi . itulah prinsip Haiza . Macam mana ni ? ligat kepala Haiza memikir tindakan yang perlu dibuat . pening-pening . ah mungkin tuhan sengaja ingin menduganya agar tidak menemui abang Airil . Mungkin ada Hikmahnya . Mungkin . serentak itu terdengar laungan suara  Datin Hasyimah dari beranda rumah .

"Haiza sayang . Mama nak keluar sebentar . Mama nak beli barang sedikit di supermarket . Haiza nak ikut ?" jelas sahaja laungan datin Hasyimah .
"Err...Mama terima kasih ajelah Haiza tak nak ikut..Haiza banyak kerja sekolah nak dibuat . tapi Mama jangan lupa beli biskut Baby kat Haiza okey ? Haiza mahu  perisa pisang  . " laung Haiza dari tingkat atas biliknya itu .
senyuman lebar datin hasyimah sebaik mendengar suara Haiza.Jelas bahawa anaknya itu semakin rajin dalam mengulang kaji pelajaran .
"bye sayang . Mama pergi dulu . duduk baik-baik dengan Mak jah jangan nakal-nakal " seloroh Datin Hasyimah lalu masuk kedalam perut kereta BMW series yang dipandu oleh Pak Mat pemandu peribadi keluarganya yang bekerja selama 7 tahun dengannya. Pak Mat juga tidak banyak kerenahnya . selalu juga membantu Datin Hasyimah dan Datuk Rahman dalam hal - hala yang berkaitan dengan Agama . Sungguh keluarga datuk Rahman sedikit terbabas dalam landasan Agama namun Pak Mat jual ah yang selalu membimbing mereka sekeluarga . dan hasilnya kini Datin Hasyimah sudah pun mengenakan Hijab dikepala . kehadiran Pak Mat sedikit sebanyak merubah cara hidup datuk Rahman sekeluarga.
tangan Haiza laju mencapai telefon bimbitnya itu .serentak itu dia menghantar pesanan ringkas kepada Airil
maaf , Haiza tak boleh jumpa Abg , Mama dan Papa tiada kat rumah . Haiza kena jaga rumah dgn Mak Jah . 
sengaja Haiza menghantar sms kepada Airil . dia tidak mahu membuat panggilan kepada lelaki yang melukakan hatinya kini.tiba-tiba deringan telefon bimbitnya kembali berbunyi . Haiza menekan butang reject pada skrin telefon bimbitnya itu . sedetik itu hatinya puas .
reject call abg ye ? takpe. kalau macam tu abg pergi rumah Haiza sekarang juga . tunggu ya !
serentak itu pantas Haiza membalas pesanan ringkas Airil 
TAK BOLEH . Haiza tak nak jumpa Abg Airil ! 
seketika itu . sepi .tiada lagi pesanan ringkas yang muncul diskrin telefon bimbitnya itu malahan panggilan juga tidak menari-menari diatas skrin itu . Dia pasti .Abang Airil pasti nekad untuk datang rumahnya itu . huh . bodohnya aku kenapa aku reply sms dia ? buat kali ketiga kepalanya diketuk . Kali ini lebih kuat berbanding sebelum  ini. dia sedar akan kesilapan yang dibuat .


Hampir tercabut jantung Haiza sebaik mendengar ngauman Jaguar diperkarangan rumahnya . serentak itu buku rujukan biologi diletakkan diatas katil . Ah Mak jah kenapa pergi buka pintu pagar buat lelaki itu . Benci . seloroh Haiza yang mengintai disebalik langsir berbunga halus dari atas bilik tidurnya . pemilik Jaguar merah itu benar-benar buat jantung dia berdetak dengan laju . Macam mana ni ? Haiza mundar-mandir didalam biliknya . sekejap duduk . sekejap berdiri . rungsing dia . dia tak mahu lagi jatuh cinta sekali lagi jika terpandang Abang Airil . cukup sekali  sahaja dia jatuh cinta . namun dia sedar hakikatnya dia masih mencintai lelaki yang bertubuh tegap itu . lelaki yang mempunyai pandangan mata yang redup yang bisa buat semua wanita jatuh hati melihatnya.tiba-tiba bunyi pintu dikuak telah memberhentikan langkah Haiza berulang Alik didalam biliknya . Hampir pitam dibuatnya apabila seraut wajah yang amat dikenalinya kini sedang berdiri dihadapannya sambil memegang tombol pintu biliknya itu . sungguh Abang Airil keterlaluan cuba masuk kedalam biliknya itu . Ah mungkin kerana ketiadaan papa dan mama mungkin .jika tidak mana mungkin dia nekad begitu .



"assalamualaikum " tutur Airil tenang . namun nafasnya tetap turun naik mungkin letih bergegas menuju kebilik Haiza yang berada ditingkat atas . pandangan mereka bertaut . lama .
sepi .bibir  masing-masing ibarat terkunci , walaupun hakikatnya bergunung rindu bersarang dalam hati masing-masing . Namun seketika kemudian Airil mngalih pandangan matanya. kaget  Airil sebaik dia menyedari  Haiza hanya mengenakan tshirt sendat berserta seluar pendek paras paha .naluri lelakinya bergetar sebaik melihat susuk tubuh itu yang terserlah melalui pakaian begitu .pakaian biasa yang dipakai oleh Haiza jika berada didalam bilik .namun bagi Airil pakaian Haiza itu benar-benar membuat aliran nafasnya tidak normal . Haiza yang turut menyedari akan keadaannya begitu . Hampir pitam . cepat-cepat dia menarik comforter lalu menyelimut badannya dengan cepat . Ya Allah macam mana aku boleh lupa ni ? Bangang nya aku . suasana yang tidak selesa itu dimatikan oleh suara Mak Jah yang bergema memarahi Airil kerana masuk kedalam bilik anak dara tanpa meminta izin dulu . buatnya Haiza hanya membalut tubuhnya dengan tuala mandi sahaja ?  Mungkin berdarah hidung Airil melihat wanita yang dicintai itu berkeadaan begitu .


"Amboi amboi dah besar makin berani pula ya ? Airil tak manis masuk bilik anak dara macam ni. buatnya Haiza hanya bertuala mandi saja tak pasal-pasal pengsan Airil nanti . "
merah padam muka Haiza sebaik mendengar kata-kata Mak Jah yang boleh dikatakan keterlaluan baginya . ah mana mungkin !tapi betul juga kata kata Mak Jah nasib baik aku pakai shortpants je .fuhh
"Mak Jah , maafkan saya . Saya tak berniat . Saya cuma mahu jumpa dengan Haiza. saya takut dia lari dari saya . buatnya dia  mengunci dirinya dalam bilik ini . sia sia saya datang? sebab itu saya bergegas kebilik Haiza ni." seloroh Airil 
memang benar Airil bergegas menuju ke bilik Haiza sehinggakan tangan yang dihulur oleh Mak Jah belum sempat disambut oleh Airil . Mak Jah mengeleng kepala melihat tindakan Airil .
"Dah dah tak elok kalau nak bercakap dalam bilik tidur macam  ni . tak manis orang lihat .kalau korang ade masalah pun bincang lah kat ruang tamu ke . kat beranda ke . ape ? dah macam takde tempat kat dalam nak bincang masalah korang . setahu Mak Jah rumah Banglo ni besar, kenapalah bilik tidur juga korang nak berjumpa . sudah sudah jom Airil pergi turun . nanti Mak jah siapkan makanan . dan Haiza kamu pergi tukar pakaian yang elok dahulu .tak manis orang tengok. cepat sikit turun Haiza ya, jangan buat Abang Airil tunggu kamu .




Haiza mencebik . buat apa  mahu jumpa dengan aku ? tiada apa-apa yang perlu dijelaskan lagi .Haiza hanya memandang lambaian Airil yang semakin jauh berlalu darinya setelah tangannya sebelah lagi diheret oleh  Mak Jah yang memaksanya turun kebawah .
"Abg tunggu Haiza turun , cepat sikit ya Sayang ." 
terjegil mata Haiza sebaik perkataan sayang yang dilontarkan oleh Airil sebentar tadi .Airil benar-benar berani ! Hadapan Mak Jah pula . walaupun hakikatnya Mak Jah tahu hubungan mereka . Mak Jah yang selalu menjadi orang tengah jika mereka berdua mempunyai masalah .
Mak Jah juga sorang yang amanah . Kisah cinta antara dia dan Airil dahulu tersimpan kukuh. Sehingga kini Datin Hasyimah dan Datuk Rahman masih tidak mengetahui kisah cinta mereka dahulu detik Haiza . skirt kembang putih dan cardigan kuning lembut   tersangkut dalam almarinya dicapai namun itu hanya dipandang sepi olehnya . hmmmm . keluh Haiza .


to be continued 

p/s: picture tu tiada kaitan pun ..acane best tak..?...komen sikit hikhik :D

Tiada ulasan:














seterusnya . click if you wanna read baby

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...