part on my diary i write in my blog




Hari ini langit seakan seiring dengan perasaan aku,langit turut menangis seakan memahami perasaan aku tika ini,rasa ini sangat mengelirukan,rasa buntu dan rasa dalam teka-teki tentang kekuasaan Allah, kuasa Allah,tangan Allah yang maha hebat dalam menyusun takdirnya,aku masih mencari jawapan..bukan lagi jawapan untuk apa yang aku mahu dalam dunia ini...tapi jawapan tentang kekuasaanMu ya Allah..yang maha hebat dalam menentukan takdir..takdir setiap hambaMu,aku cuba untuk redha, aku diuji tahap yang lagi hebat dari sebelum ini,aku ingat apa yang aku buat ini memberi satu makna tapi masih kabur..aku Yakin Allah ada yang terbaik..Misterinya hidup ya Allah,sunngguh misteri..mengerti aku kini,tika engkau buntu ..jangan pernah peluk erat dunia akan tetapi peluklah erat agamamu,agama Allah yang meliputi semua perkara dari sekeceil-kecil perkara hingga sebesar besar perkara...aku sedikit terkilan apa yang jadi ini..aku tak sedih aku Cuma terkilan...Ya Allah ampunikan dosaku andai hati ini berkecil hati diatas kekuasaanMu,Walhal Allah adalah paling sempurna..maha hebat untuk mengurus urusan-urusan di atas muka bumi ini hatta rezeki untuk makhluk yang bukan bernama manusia juga telah ditetapkan dan diaturkan secara hikmah..Tadi mak ada cerita..mak bermimpi ada ada sekelompok orang yang tengah berkumpul..dalam dua kumpulan,dalam situasi tersebut ada seekor anak harimau cuba nak gigit mak,tapi mak cuba halau anak harimau tu..luckily anak harimau tu dapat gigit kain jubah mak je..Allah mengalir air mata aku,seakan Allah nak sampaikan sesuatu,tapi aku seakan dapat jawapan...no wonderlah 3 hari berturut2 aku ada mimpi pelik...setelah sekian lama aku tak didatangi mimpi aneh2 but 3 hari sebelum ni aku ada mimpi ada seekor ular besar masuk dalam rumah..dan aku sangat rasa takut but ular tu hanya mampu lihat aku dan dia tak boleh buat apa2,second aku ada mimpi aku berada dalam istana diatas air...dalam istana tu ada buaya putih,aku jugak rasa takut..but buaya tu hanya mampu dapat lihat aku sahaja dan tak boleh gigit aku third aku ada mimpi seorang perempuan melahirkan bayi dalam kereta aku...aku rasa sangat marah kat perempuan tu sebab dia telah kotorkan kereta aku dengan darah..entahlah Allah dah bagi petunjuk..inilah jawapan noktah yang aku cari setelah aku cuba menidakkan berkali2,aku tak menyesal..aku sendiri tadahkan tanganku untuk berdoa agar dikurniakan pasangan yang menenangkan hati serta dapat selamatkan aku dunia dan akhirat...hahah kadang2 hidup ini misteri kan?? InsyaAllah,InsyaAllah dan InsyaAllah Allah sedang mengatur perkara hebat sangat hebat..Yakinlah dengan Allah dalam mentadbir urusan Hidup kita....ada sesuatu yang terbatas untuk kita mengerti,mungkin ini payah,perit but jadikan ini satu kenangan terindah untuk engkau mengerti erti belas kasihan dari Allah..Yakinlah..yang perlu ada hanya keyakinan kepada Allah..semoga kita semua diberi hidayah kepada Allah..dan untuk awak merasai tempoh 10 tahun ini..terima kasih untuk kenangan yang terindah dan pahit..untuk saya mengerti belajar mengerti kasih sayang Allah melalui awak...saya redha..saya lepaskan semua ini dalam ketetapan dan ketentuan Allah..apa yang hadir dalam hidup kita ini bukan satu perkara yang sia-sia tapi adalah kehendak Allah untuk kita mengerti apa itu nilai nilai yang perlu ada untuk persediaan akan datang..tamatlah teka-teki ini..saya lepaskan semua ini atas sebab saya percaya kuasa Allah....semoga hidayah menyapa untuk awak..untuk awak sedar kesilapan awak dan untuk awak percaya bahawa kebahagiaan atas tangisan hamba Allah yang lain pasti tidak akan kekal ..mohonlah keampunan kepada Allah,sesungguhnya kemaafan dari saya pasti tidak layak lagi untuk diberikan kepada awak..demi Allah hati ini tidak mampu lagi untuk memaafkan perbuatan awak... mungkin yang terlihat kini adalah kebuntuan..tapi sedarlah allah itu dekat dengan kita dan maha Adil...ampunilah dosa dosaku ya Allah..mungkin  masih ada yang terbaik yang terhijab dengan pandangan mata kasar..akan tetapi ada sesuatu untuk Allah bagi lihat melalui penglihatan mata hati bukan lagi mata kasar..semoga atas asbab ini akan terbuka satu pintu takdir yang indah untuk aku mengerti hebatnya Cinta Allah,Cinta yang teragung..dan sentiasa jadi insan yang baik untuk dapat takdir yang baik.Insya Allah ...

dalamilah surah ini,saat engkau keliru
(SURAH AN-NUR AYAT 26 )

....................................................................


23/2/2018















seterusnya . click if you wanna read baby

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...